Anneyonghaseyo ! :D
it just the ORDINARY me ♥: lingkaran bulan tanda sesuatu akan terjadi ??

PEEPS !

lingkaran bulan tanda sesuatu akan terjadi ??

salam. hye bloggers . semalam semua orang cakap pasal bulan . kenapa dengan bulan ? maaf .saya tak tengok bulan ( ada sebab sebab peribadi ) . hah ! back to the story . ramai betul orang post pasal bulan kat status dyorang semalam .bulan cantik . bulan indah. ade jugak post yang menyeramkan bulu roma saya . huhu . 

kejadian Allah semuanya indah . setiap yang terjadi ada sebabnya kan . so hari ni nak cerita pasal fenomena bulan yang terjadi . lingkaran bulan . ape sebenarnya lingkaran bulan ? kenapa terjadinya lingkaran bulan ?


Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu. 


Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi. 


Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.


Langkah keselamatan yang perlu diambil apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.

#sumber iLuvislam.com




tapii ade jugak yang kata fenomena semalam tu ada kaitan dengan sesuatu yang bakal terjadi .. betul ker ??
ne ada article tentang tuu....


_______________________________________________________

Lingkaran Bulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Hari ini saya kembali dengan khabar peringatan bagi kita di tanah Melayu.
Sebagai jalan untuk memendekkan cerita benar ini,
saya ingin bersegera memesan pada semua anda yang sempat membaca di sini,
dan tolong sampaikan khabar ini sebagai langkah persediaan dan peringatan.
Beberapa tahun lepas,
iaitu malam sebelum terjadinya Tsunami di liputan Lautan India ,
yang berdekatan dengan titik gempa di Acheh,
telah berlaku kejadian seperti di bawah,
iaitu Lingkaran Bulan,
hampir bentuknya seperti di gambar bawah ini,
dan lingkaran ini boleh dilihat di mana2 sahaja di selatan Asia ,
pada malam itu….
securedownload
Sekiranya anda tidak percaya,
anda boleh menghubungi rakan2 anda yang pernah berkhidmat dengan mana2 kapal,
samada kapal TLDM, ataupun kapal2 dagang,
pasti mereka mengingati peristiwa ini.
Pointnya di sini ialah,
graviti bulan memainkan peranan untuk menyebabkan mental planet bumi supaya…,
untuk melakukan proses “mengerak” pada garisan laluannya dengan lebih cepat dari kadar kelembapannya yang normal.
Hasilnya,
elok2 kerak2 ini bakal bergerak lagi 2-3 bulan,
tetapi dek bantuan bulan pada malam yang kebetulan sedang cukup bulat untuk memancarkan gravitinya,
lalu proses “mengerak” tetiba berlaku dengan laju,
dan maka…
terjadilah pelepasan tenaga di bawah laut,
yang menyebabkan ombak dalam laut diangkat lalu terbinalah Tsunami.
Ramai engineer2 kapal termasuk kapten menyaksikan peristiwa ini.
Lingkaran bulan merupakan tanda2 bagi manusia yang berakal,
untuk mengenal pasti bencana yang bakal menimpa.
(NOTA)
lingkaran ini terjadi di Terengganu pada malam tadi,
kira2 antara waktu 10:00pm sehingga 10:30pm (waktu Malaysia )
dan ianya betul2 berada di atas kepala.
(bukankah Terengganu merupakan Negeri Darul Iman ?)
(bukankah di Negeri ini mempunyai Batu Bersurat tentang kisah peristiwa genting di masa hadapan ?)
(bukankah Terengganu mewarisi bendera hitam dengan logonya itu ?)
Kronologi pembuktian TSUNAMI NUSANTARA:
- hadirnya bulan berlingkaran (ada aura di keliling bulan)
- pada esok siangnya, akan berlaku mendung yang panjang (sehingga melebihi 1 hari penuh)
- pada keesokan siangnya, pasti berlaku kematian yang banyak (di Nusantara)
- semenanjung tanah Melayu terutamanya di Perak, Penang , Kedah (ketiga2 negeri ini bakal menghadapi tanah jerlus “di sesetengah daerah terpencil”)
- air terjun akan mengalir dengan deras…!!!
- kerang pasti timbul di pantai2 peranginan selepas beberapa hari atau minggu
- kehadiran binatang2 asing seperti dugong, makhluk2 aneh laut (yang lain dari lain)
AMARAN:
- elakkan duduk bawah kipas siling
- elakkan mandi di air terjun dan kolam air panas
- elakkan mandi di tepi pantai
- elakkan berkunjung ke kawasan tanah mendap
Catatlah kronologi di atas,
dan hitung balik kerana perkara ini akan bermula seawal selepas matahari terbit keesokan harinya,
bila salah 1 perkara yang disebut di atas terjadi,
silalah highlightkan petikan kiriman ini,
kerana lazimnya sejarah yang sama pasti berulang tapi dengan kaedah lain tetapi dengan ciri2 yang sama…
bersambung…….
Salam Keberkatan Salam Peringatan
Umat Melayu Waris Beriman.
#taken from http://giegi.wordpress.com/2009/11/04/lingkaran-bulan/

_____________________________________________________________

apa yang terjadi ada hikmahnya . kita sebagai manusia hanya mampu berdoa untuk kebaikan . wallahualam ~

thank you for reading my dear . leave coment and like :)

No comments:

Post a Comment

 
ATTENTION (!) :© officially NADIATUL SOFEA © officially NADIATUL SOFEA ©