aku baru buka mukabuku hari ni (setelah dua hari deactivated) . okay okay . yang ni kali ke berapa aku deactivate pown aku tak tahu . bila je aku rasa jiwa kacau . aku deactivate lah .. ini namanya gatal glenya (orang Kelantan cakap :P)
yaaahhh ! ini bukan cerita aku nak cakap la . tadi aku online ,baaaannyyyaakkk status pasal wishing SPM candidates . eh ? dah nak SPM ye ? aku mana la tahu . semenjak dua menjak meninggalkan zaman siot aku time sekolah menengah dulu .aku dah tak amik port dah pasal sekolah sekolah ni . well , dah besar la katakan . ceettt ! umur je yang meningkat .perangai macam harreeemmm je lagi . oh ! kenapa aku cakap siot ? hahaha . sebab ak nih xde la baik sangat time sekolah . ponteng kelas, langgar peraturan sekolah dan asrama tu hobi aku . HAHA ! cool huh ? :D aku ni memang suka melanggar langgar peraturan nih . even sekarang pun aku still je langgar peraturan UITM tuh . (kantoi la pulak ) . taaapppiiii aku tak de la buat perkara yang terlarang sangat dekat sekolah dulu dulu dan even sekarang . yang kecik kecik simple simple je aku langgar :P
Dulu , aku time SPM xde la study hard sangat . biasa biasa je . sebab aku ne pesen perangai suka study last minute . time tu la nak belajar tajuk tu . time tu la nak belajar tajuk ni . kompem kompem la tak engat kan . tapii tu memang habit aku dari zaman aku lepak dalam perut mak aku lagi . aku pulun je la . aku pun suka sangat main konsep redha dan tawakal nih . hehe. sebab tu la result aku pun okay okay je . boleh la buat masuk universiti . *winkwink*
oh ! btw ,korang akan melalui situasi ini :
tak de la takut sangat .kalau setakat rasa nak terkucil ker nak tttuuttt ker berdebar macam nak terkeluar jantung ker . yang tu normal untuk manusia yang normal :)
hari ni aku nak buat spesial wish untuk budak budak yang amik SPM esok .
adik adik yang akak kasihi (?)
akak nak pesan buat exam tu elok elok . paper Bahasa Melayu biar la sekurang kurangnya dapat A+ . ye la kang kalau dapat C kang ,orang tanya pulak .kau ni orang Melayu ker orang India . kan kan ? bagi paper yang seterusnya pulak korang study la yang mana patut . kalau cikgu buat extra class time gap paper tu pergi la . jangan gatal nak balik rumah . konon nak study kat rumah la kan . pfffftttt! konon je lebih . kang balik rumah terbongkang atas katil . macam la akak tak tahu . akak pun buat macam tu jugak . lagi satu .jangan la adik adik ni merempit tak tentu hala time exam exam nih . akak tahu korang korang suke merempit nih . kalau boleh pergi dan balik exam tuh biar la mak atau ayah yang ambil dan hantar . mengambil keberkatan .kan ?
yang paling penting ,mohon ampun dan maaf dengan mak dan ayah sebelum pergi masuk exam tu . tiap tiap hari lagi bagus . yela .kadang kadang kita tersilap kata kan . terkuat tertengking lebih sikit dekat mak dengan ayah dan dan dan jangan lupa mintak restu ayah dan mak ,mintak mak dan ayah doakan korang boleh buat exam dengan baik . doa ibu bapa tu kan berkat .
hmm . itu jela pesanan dari akak buat adik adik . i wish you all the best in SPM . make it the turning point of your life and make your parents proud of you :))
No comments:
Post a Comment