nota kepala : kalau kau rasa nak baca,teruskan . kalau tak nak .tekan pangkah dekat atas tu . (kesah la pulak aku kau nak baca ker tak.)
kau dan aku bertemu di suatu ruang yang tiada siapa pernah menjangka kita akan berada di dalamnya . mengabadikan momen momen terindah dalam hidup ibarat tiada lagi hari esok untuk dilalui . kau berjanji setia bersama aku untuk selamanya . namun siapa mengetahui apa yang bakal terjadi di kemudian hari . aku disini menunggumu di saat kamu meninggalkan aku bersama hati ku yang telah kau curi suatu ketika dulu kini dan selamanya mungkin (?) .
kau pegi tanpa meninggalkan noktah cinta . aku dibiarkan berlabuh tanpa sisa sisa kekuatan . dibiarkan untuk bangkit sendiri dari kejatuhan . Ah ! kau tak akan pernah faham maksudku . apa yang kau tahu hanya kau dan apa yang kau inginkan . menanggung keadaan ini bersendirian mungkin tak pernah aku bayangkan sepanjang hidupku . benar kata orang karma itu ada . apa yang kita pernah buat kita kan mendapatkannya kembali tanpa mengira waktu dan ketikanya . Karma tidak pernah tahu akan saat itu kau sedang bergembira ataupun bersedih . terimalah kau akan kehadirannya ! ini balasannya mungkin . tak mengapa . ini adalah kitaran hidup . aku harus terima akan kehadirannya . mungkin hikmah yang tersembunyi akan keluar suatu hari nanti .
kau . apa yang kau inginkan dari aku lagi ? setelah kau biarkan aku terkontang kanting membina kekuatan aku . bangkit dari kejatuhan yang telah kau ukirkan buatku . kau datang kembali mengih kasih yang telah kau buang dulu . apa maksud kau? kau mahu melihat aku jatuh untuk kedua kalinya ? atau kau mahu aku rebah menyembah bumi untuk selamanya ? ya . aku mungkin belum kuat untuk menghadapinya lagi . namun aku bukan seperti dulu . wanita yang kau boleh tolak dan tarik sesuka hatimu . ya ! aku bodoh . bodoh menilai kasih dan cinta kau.namun aku tak akan terpedaya untuk kesekian kalinya . sisa cinta aku terhadap kau masih ada di dalam hati aku . namun aku biarkan ia sepi . sepi dan kosong . kerana aku berharap yang suatu hari nanti ia akan pudar bersama waktu . kasih sayang yang tidak disemai ibarat seperti pokok tanpa bajanya . ia akn mati kerana tidak mendapat zat yang secukupnya . namun ia tidak akan mati serta merta . kematiannya perlahan lahan dan akhirnya kau akan menyedari bahawa cinta itu telah hilang bersama waktu .
aku . masih aku . seperti dulu . cuma yang membezakan aku adalah rohaniku . sesuatu yang tidak mungkin akan terlihat di mata kasar . kau mungkin melihat aku yang gembira . tersenyum sepanjang masa . namun adakah kau tahu apa disebalik senyumanku itu ? tidak ! kau tak akan pernah tahu.
aku berharap kau dan kenangan kita di bawa waktu dan kita akan mampu hidup tanpa satu sama lain .
Tweet
aku berharap kau dan kenangan kita di bawa waktu dan kita akan mampu hidup tanpa satu sama lain .
nota kaki : aku punya suka lah nak tulis apa .
No comments:
Post a Comment